Selasa, 5 Mei 2015

Assalamualaikum W.B.T

Dulu masa kerja dekat kedai makan ni la yang paling kerap saya masak.Kueh Teow Ninja adik saya panggil.Saya dah ada costemer tetap untuk satu hidangan ni.Mungkin kerana kat tempat tu tak banyak kedai yang buat kueh teow kung fu.Kalau ade pon mereka  biase tetukar dengan kueh teow lagna.Beza dua masakan ni cuma kungfu saya goreng kueh teow dengan telur,Dan lagna saya campur je telur dengan kueh teow dalam kuahnya..Ramai yang keliru kan...Sejujurnya saya lebih suka mee hoon kung fu,Sama je cuma tukar kueh teow ke mee hoon.Jom lah tengok resepi pertama saya untuk hidangan kalian...Selamat mencuba...^_^

Bahan Goreng Kueh Teow;
  1. Kueh teow yang dah dicuci
  2. 1 biji telur yang dah bibersihkan

Bahan2 Kuah
  1. Bawang besar di mayang
  2. Bawang putih diketuk
  3. Isi ayam dipotong dadu kecil
  4. Lobak merah dihiris
  5. Bunga kobis
  6. Putik jagung 
  7. Sayur sawi 
  8. Sotong 
  9. Udang
  10. Tepung gandum 1 sudu dilarutkan sedikit air.
  11. Limau nipis sepotong.
  12. Cili padi di ketuk dan mayang (kehendak masing2...lagi pedas lagi sedap kan..)
"Jagan lupa basuh cuci2 dulu tau.."

  • Mula2 pecah kan sebiji telur dan gaul bersama kueh teow.Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit kueh teow nya.Buat macam kat bawah(pic saya google hehehe..)


  • Kemudian goreng dalam minyak yang sedikit je.macam kita nak goreng telur...
  • Dah agak2 masak telur angkat dan asingkan.




  • Ok done satu babak and pakai je kuali yang sama masuk sikit minyak untuk menumis dan tumis bawang besar,bawang putih yang dah di mayang tadi...
  • Bila dah garing sikit masukkan ayam yang dah dipotong kecil bersama cili padi yang dah diketuk.Jgan tunggu sampai ayam garing,masukkan air.(agak2 la nak dijadikan kuahnya.)



  • Masukkan sotong yang dah dipotong (macam onion ring tu) bersama sayur2 yang lambat masak seperti lobak merah,bunga kobis dan putik jagung.
(tak jumpa gambar yang ada potongan bunga kobis.sorry)



  • Bila dah mengelegak masukkan tepung yang dah di larut dengan air (bagi kuah pekat sikit).
  • Dah masukansayur sawi bila dah masak sayur yang tadi.
  • Masuk udang bila kuah dah nak masak sebab udang kejap je masak.Agak2 dah merah udang tu setel la...
  • Perah sedikit limau nipis agak2 (tambah kit)
  • Letak sedikit perasa,garam dan gula...




  • Nak tambah sedap masuk cili potong awal2.Biar rasa pedas sebati dengan kuah.
  • Lepas tu masuk kan tomato....
  • Tutup api dan tuang je kuah tadi atas kueh teow yang dah goreng.


"contoh Kueh Teow org lain ^_^"


Nak bagi tip mudah untuk korang.
Untuk dapatkan rasa yang kit adalah bergantung kepada kepekatan kuah nya.Biasa saya buat untuk sorang makan 1 sudu tepung and larut dengan sedikit air dah cantik dah pekatnya.Rasa kuah tak boleh tawar sebab kueh teow yang digoreng dengan telur tu dah tak ada rasa.Masin sangat pon tak elok untuk kesihatan.So agak2...

Denagn itu terkongsi lah sudah resepi pertama saya di bloq ini...hope kalian mencubanya dan berpuas hati dengan rasanya....
Sehingga kita jumpa lagi dalam laman yang seterusnya.Hope saya ada idea la ye.Untuk pendapat2 yang lagi bagus sila la komen...saya budak baru belajar...Sekian terima kasih.^_^ ...Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan